SM Faisal SM Nasimuddin

Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin (lahir 10 Oktober 1979) merupakan usahawan terkenal di Malaysia. Beliau adalah Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, salah sebuah konglomerat Bumiputera milik persendirian terbesar di Malaysia.Pada 17 Januari 2010, beliau telah dianugerahkan gelaran ''Datuk" iaitu Datuk Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) daripada Sultan Kedah. Anugerah tersebut adalah sempena dari hari keputeraan ke-82 Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Anak Bukit, Kedah. SM Faisal telah menujukan anugerah tersebut kepada allahyarham bapanya iaitu Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan keseluruhan kakitangan Kumpulan NAZA.[1] Manakala, pada 23 Januari 2011, beliau telah memperolehi Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran "Datuk Wira" daripada Yang Dipertuan Negeri Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob.

SM Faisal SM Nasimuddin

Pekerjaan Ahli perniagaan, usahawan, Pengerusi Bersama Kumpulan Naza.
Ibu bapa SM Nasimuddin SM Amin (bapa)
Zaleha Ismail (ibu)
Anak SM Fawwaz Amin
SM Faiz Nasimuddin
SM Farhan Kamal
Saudara SM Nasarudin (adik)
SM Faliq (adik)
Nur Diana (adik)
Nur Nadia (adik)
Keluarga SM Sharifuddin SM Amin (bapa saudara)
SM Salahuddin SM Amin (bapa saudara)
SM Zulkifli SM Amin (bapa saudara)
SM Zulkhalis SM Zulkifli (sepupu)
Kelahiran SM Faisal bin SM Nasimuddin
(1979-10-10) 10 Oktober 1979 (umur 40)
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,Malaysia